Pantau komitmen bulanan

Simpan senarai bil yang anda bayar setiap bulan dan lihat apa yang belum dibayar.

Android 1.12Dikemas kini 15 Nov 2026

Komitmen ialah bil yang anda bayar setiap bulan, seperti sewa rumah, ansuran kereta atau bil telefon. Komitmen diasingkan daripada hutang dengan orang.

Tambah komitmen

  1. 1Di Utama, tekan kad Komitmen Bulanan, kemudian tekan +.
  2. Pilih Tetap kalau jumlahnya sama setiap bulan, atau Berubah kalau jumlahnya tak menentu.
  3. Masukkan jumlah dan Nama.
  4. Pilih Kategori.
  5. 5Tetapkan Hari bayar.
  6. Bawah Jadual Bayaran, pilih Setiap bulan, Bulan ini sahaja atau Ansuran.
  7. Tekan Simpan.

Nota: Kalau Komitmen Bulanan tiada di Utama, hidupkan dalam Tetapan › Ciri.

Tanda bil dah dibayar

  1. 1Buka skrin Komitmen.
  2. Tekan bulatan di sebelah bil.
  3. Untuk bil Berubah, masukkan jumlah yang dibayar dan tekan Tanda sudah bayar.

Untuk batalkan, tekan tanda ✓ pada bil itu, kemudian Tanda belum bayar.

Setiap bulan baru bermula dengan semua bil belum bayar. Rekod bulan-bulan lepas tetap disimpan.

Lihat baki yang perlu dibayar

Kad di Utama tunjuk Baki bulan ini, iaitu jumlah bil yang belum dibayar. Bila semua dah dibayar, kad itu tunjuk Semua Selesai.

Di skrin Komitmen, bil diasingkan ikut Lewat Tempoh, Belum Bayar dan Dah Bayar. Guna anak panah di atas untuk tengok bulan lain.

Dapatkan peringatan

Hidupkan Peringatan semasa tambah atau ubah komitmen.

Nota: Tetapan › Peringatan juga perlu dihidupkan. Suis itu tak aktif semasa app mula dipasang.

Tangguh, tamatkan atau padam

Tekan komitmen untuk buka, kemudian:

  • Tangguh: komitmen tak dikira dan tiada peringatan sampai anda tekan Sambung.
  • Tamatkan: komitmen disorok daripada senarai. Sejarah bayarannya kekal.
  • Butang padam di atas membuang komitmen itu bersama sejarahnya.