Komitmen ialah bil yang anda bayar setiap bulan, seperti sewa rumah, ansuran kereta atau bil telefon. Komitmen diasingkan daripada hutang dengan orang.
Tambah komitmen
- 1Di Utama, tekan Komitmen Bulanan, kemudian tekan + di kanan atas.
- Pilih Tetap kalau jumlahnya sama setiap bulan, atau Berubah kalau jumlahnya tak menentu.
- Masukkan jumlah dan Nama. Untuk bil Berubah, jumlah itu cuma anggaran dan boleh dibiarkan kosong.
- Pilih Kategori.
- Bawah Jadual Bayaran, pilih Setiap bulan, Satu Bulan Sahaja atau Ansuran.
- Tetapkan Hari bayar.
- Tekan ✓.
Nota: Kalau Komitmen Bulanan tiada di Utama, hidupkan dalam Tetapan › Ciri. Tetapan ialah ikon gear di kanan atas Utama.
Tanda bil dah dibayar
- 1Buka Komitmen Bulanan.
- Tekan bulatan di sebelah bil. Anda juga boleh leret bil itu ke kanan dan tekan Tanda sudah bayar.
- Untuk bil Berubah, masukkan jumlah yang dibayar dan tekan ✓.
Untuk batalkan, tekan tanda ✓ pada bil itu, kemudian Tanda belum bayar.
Setiap bulan baru bermula dengan semua bil belum bayar. Rekod bulan-bulan lepas tetap disimpan.
Lihat baki yang perlu dibayar
Baris Komitmen Bulanan di Utama tunjuk Baki bulan ini, iaitu jumlah bil yang belum dibayar. Kalau ada bil yang lewat tempoh, baris itu tunjuk berapa bil yang lewat. Bila semua dah dibayar, baris itu tunjuk Semua Selesai.
Di skrin Komitmen Bulanan, bil diasingkan ikut Lewat Tempoh, Belum Bayar dan Dah Bayar. Untuk tengok bulan lain, tekan nama bulan di atas dan pilih Bulan sebelumnya, Bulan seterusnya atau mana-mana bulan dalam senarai. Hari Ini bawa anda balik ke bulan ini.
Dapatkan peringatan
Hidupkan Peringatan semasa tambah atau ubah komitmen. Guna Ingatkan saya untuk pilih berapa hari sebelum (tetapan asal: 3 hari).
Nota: Tetapan › Peringatan juga perlu dihidupkan. Suis itu tak aktif semasa app mula dipasang.
Tangguh, tamatkan atau padam
Tekan komitmen untuk buka, kemudian tekan … di kanan atas:
- Tangguh: komitmen tak dikira dan tiada peringatan sampai anda tekan Sambung.
- Tamatkan: komitmen disorok daripada senarai. Sejarah bayarannya kekal.
Untuk padam komitmen itu bersama sejarahnya, tekan Padam di bahagian bawah halaman.
Untuk jumpa semula komitmen yang ditangguh atau ditamatkan, cari namanya dalam tab Cari.