Rekod hutang dalam mata wang lain

Hidupkan Pelbagai mata wang, tambah hutang dalam mata wang lain, dan lihat jumlah berasingan bagi setiap mata wang.

iPhone 1.4Dikemas kini 23 Nov 2026

Setiap hutang boleh ada mata wangnya sendiri. Jumlahnya tidak ditukar ke mata wang lain, dan setiap mata wang dikira berasingan.

Hidupkan pelbagai mata wang

  1. 1Di Utama, tekan ikon gear di kanan atas, kemudian Umum.
  2. Hidupkan Pelbagai mata wang.

Tambah hutang dalam mata wang lain

  1. 1Di Utama, tekan + › Tambah Hutang.
  2. 2Masukkan jumlah dan pilih kenalan.
  3. Tekan Mata Wang, cari mata wang itu, contohnya USD, kemudian tekan mata wang itu.
  4. Tekan ✓ di kanan atas.

Bayaran, resit dan peringatan WhatsApp untuk hutang itu guna mata wang yang sama.

Lihat jumlahnya

Baki di Utama hanya mengira hutang dalam mata wang utama anda, iaitu yang ditetapkan pada Mata Wang dalam Umum. Hutang dalam mata wang lain disenaraikan bawah Mata wang lain, masing-masing dengan jumlahnya sendiri.

Halaman seseorang juga tunjuk jumlah berasingan bagi setiap mata wang hutangnya.

Nota: Rekod bayaran untuk beberapa hutang dan Gabung hanya untuk hutang dalam satu mata wang pada satu masa. Hapus kira di halaman seseorang tunjuk jumlah berasingan bagi setiap mata wang. Pecah bil dan komitmen bulanan sentiasa guna mata wang utama anda.

Matikan pilihan ini

  1. 1Di Utama, tekan ikon gear di kanan atas, kemudian Umum, dan matikan Pelbagai mata wang.
  2. 2Kalau masih ada hutang dalam mata wang lain, pilih satu:

- Pindah ke RM: hutang itu dipindah ke mata wang utama anda. Jumlah dan bayaran kekal sama. Hanya label yang berubah. - Biarkan aktif: hutang itu kekal dalam mata wang masing-masing, dan suis ini kekal hidup.

  1. 3Tekan Selesai di kanan atas.

Nota: Sandaran menyimpan mata wang setiap hutang, termasuk bila anda pindah antara Android dan iPhone. Kalau anda pulihkan sandaran yang ada hutang dalam mata wang lain, Pelbagai mata wang akan dihidupkan.